Koleksi : 1 Hari 1 Resipi

Assalamualaikum

Aku sangatla suka memasak, double dan triple sangat suka, tetapi tak la pandai sangat masak macam Masterchep, bolehla setakat nak bagi kenyang perot sendiri dan lain-lain. Jadi dapat memiliki satu koleksi buku memasak sangatla mengembirakan aku, so nak sharingla siket :)



Boleh dapat royalty apaka kakak sebab tolong promote, ala jangan berkira, geng kot

Aku nak promote satu buku resipi kat sini bagi mereka yang baru nak belajar memasak, Tajuknya : 1 Hari 1 Resipi, Penulisnya : Chef Hanieliza, dah lama aku nak beli, tapi masa tu harga mahal lagi RM39.90. Jadik aku amek keputusan baek aku online jala kalau nak carik resipi, free. Namun begitu keingginan masih terpahat dalam kalbuku untuk memilikinya sebagai koleksi bila harga dia dah murah nanti, dekut betol

Last week masa nak balik dari KL kakak ipar aku bawak kami jalan-jalan dulu pegi tengok wayang Fast and Furious 6 (memang best gilerr wa cakp sama lu) dekat Jusco Rawang, sebelum masuk panggung jalan-jalan dulu pusing Jusco, and then masuk Popular kedai buku. Pusing punya pusing aku jumpak buku ni balik, mula-mula buat tak tau, sebab kecewa tak habis lagi, tapi jeling-jeling jugak pastu tengok-tengok harga dah murah aku apalagi amekla pastu bayar menggunakan baki voucer buku yang masih tinggal RM50.00. Tengok bertapa aku menggunakan duet rakyat kearah yang benar, jimat lagi!


Dalam buku ni yang bestnya dia siap tunjuk lagi jenis-jenis bahan dan barang yang nak digunakan, bagi sesiapa yang tak tau bawang besar macam mana, bawang merah macam mana, pastu di tambah lagi kekonpiusan mana satu buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang semuanya telah diadaptasikan dalam buku ni sekali ngan gambar.



 Amek hang! lesung batu pon dia gitau, ni perli ni, hahaha!





Resipinya jugak dibahagikan mengikut bahagian cara nak masak lauk ayam, lauk daging, lauk ikan, sayur, seafood dan dessert & kuih muih pon ada, 











Aku dah ada, kepada yang lain selamat memilikinya, selamat menambah ilmu dan kemahiran baru didalam hidup anda!! :)

## Sory gambar blur, non edit, original dari kamera yang sedang nazak :)


Selamat Hari Adik!! Adik :)

Assalamualaikum

Tahukah anda, mempunyai seorang adik adalah sangat best, kerana kita boleh berkongsi apa saja duka dan lara bersama adik kita. Tempat meluah rasa. meluah perasaan marah. sorry adik sebab selalu jadik tempat kakamu ini melepaskan marah. Disamping itu mereka jugak boleh menjadi mangsa buli oleh kita. "Adik amek tu,adik amek ni,adik tolong urut sat,adik tolong p kedai". Sangat awesom kan, haha, dan bila adik kita marah kita boleh cakap camgini "Aku kan kakak", "Aku kan abang". cam lam iklan tibi tuh.

Saya ada seorang adik perempuan yang berumur 20 tahun, perbezaan umur antara aku hanyalah 4 tahun. Dan aku rasa sangat seronok kerana mempunyai seorang adik, walaupun satu hari nanti tak ada orang nak kawan ngan aku, aku tak perlu risau kerana aku masih mempunyai seorang adik yang boleh menjadi kawan aku. Kami berkongsi segala rasa, kongsi baju, kongsi make up walaupon first time beli tak mau kongsi sebab mahai, heheh, kongsi taste yang sama dan sangat rapat. Walaupon dulu aku adalah kakak yang sangat kejam. Bila arwah mak suruh jaga adik,aku sangatlah marah, sebab aku dah konpom-konpom tak boleh maen dengan kekawan aku so kekadang bila rimas aku akan halau dia balik, budak kecik kan. apa yang dia tau maen sangat, pastu kalau adik tak mau aku pukul dan halau dia sampai nangis, tapi bila dia nangis aku tutup mulut dia sebab takot mak dengar. haa tau pon takot. Tapi kami gado-gado manja saja, pagi gado sebelum pagi habis dah baek. 



Muka aku dan adik hampir sama dan ada jugak yang cakap kami kembar, tapi selalunya orang akan cakap aku adik dan adik kakak, lalu adik pon akan marah, haha. Ya sama sebab kami mewarisi muka arwah emak. cuma yang berbeza adalah isipadu badan adik dan aku, wakakaka

Dan adik selalu menjadikan aku idolanya (perasan seketika) ketika berfesyen atau apa saja, kerana aku umpama macam nealofa, dia selalu menjadikan aku contohnya, apa saja fesyen yang aku suka dia pon suka, maknanya memang beli satu baju share dua orang, hari isnin aku pakai, hari selasa adik pulak pakai. Jimat kan!!

Bila aku ada dengan adik aku, aku jadik manja laen siket(manjala konon ka malas?). Semua benda aku harapkan adik aku. Ädik mana tudung, adik mana beg aku,adik mana seluaq aku. Sampaikan masuk asrama barang selalu hilang cari tak jumpak sebab dah habit ada orang tolong cari kat umah."Ahh banyak sangat yang dikongsi kat sini kenangan yang lalu, tapi rasanya mau penat nak membaca.



Adik adalah seorang yang berjiwa jiwang, kekadang naek geli aku membaca sajak dan puisi cintanya didalam buku. Adik juga seorang yang lembut hatinya walaupon dia tak mau bagi tapi akhirnya dia bagi jugak. "Adik pinjamla duet", "Adik mana ada duet", "Ala pinjamla, ples,ples,ples, esok aku bayaq(walaupon hakikatnya tak bayaq."dan adik pon bagi duet. Adik juga kuat nangis bila kena marah dengan abah. Kekadang abah marah aku tapi dia yang nangis lebih. 

Sambil makan nasik aku nangis, bila angkat kepala aku tengok adik pon nangis. "Awat hang nangis", '"Dah k.ngah nangis..dahla janganla nangis". Pastu dua-dua nangis. dua hati yang telah bertaut. Oh adik.!!SELAMAT HARI ADIK..lup u..nanti aku belanja baju baru sempena hari adik. :)




yang ni lawak. hahaha, belakang seluaq biru tu aku, tapi tu tak lawak sangat

Resipi : Lenggang VS Kuah Sardin baiiii!!

Assalamualaikum



Actually..abah aku suka sangat makan lenggang..ceritanya zaman dahulu kala..pada zaman kegawatan ekonomi keluarga..lenggang ni la tok gua selalu masak bagi abah gua bawak bekal pegi skola..abah cakap.."hampa la ni senang..abah dulu hari-hari bawak bekai(bekalan) pi sekolah..bungkus ngan paper ja..lenggang tu tok hang ni bungkus sekali ngan sambal belacan..ayaq plak minum paip kola ja(air paip)"..hampa la nak bawak bekai pon malu..hehehhh...itu kata abah..

Dan tadi pon abah bantai sampai 4 keping..tak salah gua la..sebab kira kot belakang..kira curi-curi..hahahh..so sempena hari bapa tun depan..aku update pasal makan peberet bapa gua..hooyeeahh..ala kacang botol ja..cikedout..

Bahan-bahan

1 ) Tepung Gandum (2 cawan)
2 ) Telur (4 biji )
3 ) Garam

Cara-cara

1) Campurkan tepung,telur,garam sekali..then kacau..pastu tambah air sket..

2)Lenggang ni guna telur banyak..tak macam cucur biasa..sebab telur membuatkan ia lembut...

3)dah kacau2x..masukkan dalam blended then blen..hahh..siap..boleh mula goreng
Nak cai rcam gini..tak mo pekat sangat..tak mo cair sangat..yang sedang-sedang saja..lallalalala


4) panas kan api..letak minyak sket(gunakan daun pandan)..letak secedok lenggang then angkat periuk tu pusing or orang penang cakap haaa lenggang...

Inilah peminat rahsia lenggang gua..lihat kekembungan di mulutnya itu...



disebabkan badan abang gua terlalu tuff..ya tuff ya..sangat-sangat tuff..dan sudah mempunyai seorang isteri dan anak yang comel..terpaksala aku letak banner alah tu..takot ada yang tergoda..yakkk..pui100xx..








DIZERRT yang sangat sedap...sangat mudah..

Assalamualaikum 
ya saudara-saudara ku

hehehhhhh(senyum kambeng)...hehehh(senyum kambeng lagi)..hehehh..dah-dah...sory tak leh henti senyum..sebab hepi sangat harini satu kelas jeww..so itew balik awal..onoknyee..hahahh..gedik...of kos mestilah seronok kan...budak-budak sem last bukan senang nak dapat balik awal..selalunya kelas ganti,ganti,ganti ja kejanya..but khabar baik harini diiringi dengan khabar angin a.k.a khabar buruk la.. nanti ada kelas ganti hari sabtu...hmmm..apa bole buat...dapat lak lec cepat tocing..follow jala...tapi.arghhh..hari laen tak leh ka...lantakla..hilang mood aku nak buat entry nanti..ok..bebalik pada persoalan..sebenarnya aku nak update lama dah..tapi..tapi..tapii..bapa banyak tapi daa...tapi itew sibok sangat lah..hehehh.

Dah lama kan tak buat entry pasal masak-masak..seriously..i miss all of moment bout cooking..i love cooking very much banyak macam gua sayang bopren gua..kokoo ot..dessert ni terhasil masa jamuan berbuka puasa dekat umah cik faizal...dah orang jemput..jadi aku rasa macam nak bawak something macam ala-ala dessert..orang berbudi kita berbahasala..tapi nak beli kek secret recipe mahal sangat..walaupon aku keja sana and bpleh dapat staf purchase..tapi tetap rasa tak mampu..hahahh..dekut betol...lagi pon aku nak buat something dari hasil tangan sendiri yang boleh buat orang lagi ingat kat kita..yang boleh menambahkan lagi megabite dalam otak mereka yang benda tu aku la buat...(cakap jala nak belagak)..huhu...

so aku teringatla masa kecik-kecik dulu arwah mak aku suka buat benda alah ni..sangat sedap..dan tiba-tiba terlintas memory bersama arwah mak aku..so aku decide nak buat benda alah ni..tapi buat pengetahuan semua walaupon dah 23 tahun aku makan benda ni..tapi ni kali pertama aku buat sendiri dengan hanya bantuan telefon..kol kakak aku..heheh..tapi tak susah pon..senang jeww..saja buat suspen lebey..kos pon sangat ringan..ahh..terbanyak cakap plak harini...so jom..cikedout-dout..ahakahak..

AGAR AGAR bersama pasangannya KUAH KASTARD
nama macam kampung sangat la plak..tukarla
JELLY and VANILLA CASTARD 
PERGHHH!!belagak kau...



Macam-macam bentuk yang boleh buat
dekorasi dia tu ikut kretiviti sendiri

Pertama sekali anda mestila buat agar-agarnya dulu..tapi aku cakap nampak ja senang..tapi susah tau nak buat agar-agar ni..silap timing lembik la...jangan cakap bosar..ekaw cubo dulu..tapi alhamdulillah berkat keikhlasan hati jadi jugak..ingatkan keras..huhh...kus semangat...

Bahan-bahan A
Agar-agar

1. Just beli agar-agar paket yang telah sedia ada dijual di TESCO..amek ja yang mana-mana punya cap brand..

2.ikut saja arahan cara nak masak agar-agar dekat cap brand yang diambil..dun wory,,dah sedia ada tertera disana...situ sini,,pastu pandai-pandai la hentam siket-siket..hahahh..(aku buat gitu..ikut naluri)

3. Perisa agar-agar ikut citarasa masing-masing..aku guna rasa asli resipi mak aku..sirap jeww...kalau nak guna blackkaren ka..oren ka..ikut suka la..

4.nak lagi senang beli ja jely yang dah siap dekat tesco tu kalau malas sangat kan..
tapi kesimpulanna kalau nak mental value lebey..masakla sendiri (^_^)

5.perhiasan tu kan ikutla kretiviti sendiri.boleh jugak masukkan buah-buah tu sekali terus dalam agar-agar before dia mengeras ..






Bahan-bahan B
Kuah castard



1.2 tin Susu cair..(wajibalghunnah)
1 tin susu pekat

2. Anchor cream (tak wajib pon letak..kalau tak ada its okay)
3. Vannila unya flavour(pon tak wajib)

4. Tepung kastad((wajibalghunnah ok..perhatian!!)


cara-caranya



1.Panaskan periuk..masukkan susu cair dan susu pekat ,panaskan sehingga mendidih


2.Kemudian bancuh tepung kastard menggunakan air masak .kepekatan bergantung kepada anda sendiri..


3. kemudian masukkan tepung kastard tu dalam susu cair yang sedang mendidih itu..skemanya..sedikit demi sedikit.
Jangan berhenti kacau takot keras and pekat sangat.

4.kalau nak lagi pekat masukkan kastard lebey..masukkan siket-siket ok..takot nanti terlebey pekat..sentiasa kacau..

5.Masukkan sedikt gula(xpayah dh sebab dah letak susu pekat) dan garam..actually kalau agar-agar kita dah manis so kuah kastard tak yah la manis sangat...bagi biasa-biasa ja..



dah masak hidangkan bersama agar-agar and boleh makan agar-agar sejuk+ kuah kastard yang panas-panas..manis campur masin-masin siket...perghhh!!sedap wookkk..



(^_*) muka kerek a.k.a belagak sebab orang puji sedap..siap nak tukar-tukar resipi lagi..wakakaka...

my dessert terhidang disitu...



SELAMAT MENCUBA UNTUK HIDANGAN ORANG TERSAYANG.



Sedikit nasihat dari Madam Fauziah untuk remaja @ student diluar sana

Assalamualaikum

ENtry ni aku baca dekat blog FATIN LIYANA YANG FEMES TU..ala blogger no 1 malaysia tu..dia copy dari Madam fauziah..and aku copy dari dia..sebab aku nak kongsi dengan kekawan aku pasal entry ni..memang sangat mendalam sehingga menusuk ke jantung,peparu,limpa...hope sama-samala kita sharing is caring...

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam

Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2...

-TAMAT-

Masa aku mula-mula baca aku pon sentap jugak...aku tak cakapla yang aku ni baik..tak pernah lansung update status bout my bopren.,letak gambar kat FB dengan bopren aku...yes i admit...tapi bila baca aku rasa..Ya saya akan cuba mengurangkan kontreversi saya dengan bopren saya dalam facebook..ngeh100xx...insyaallah...tapi kekadang tu leh la kan..hahahh..terima kasih Madam kerana membuat entry nasihat sebegini rupa...sedikit tapi lebih banyak menyedarkan saya...

Resipi : Nasik tomato dan Ayam masak merah

Assalamulaikum..
Selamat berbuka!!!

Actually..aku memang rindu gila nak masak..dan buat pengetahuan semua aku sangat suka memasak..tapi kadang-kadang waktu dan bujet tak mengizinkan aku nak masak selalu..and skang aku baru sedar yang aku dah lama tak masak...memang gempak kan..muka ayu perangai ganas tapi suka masak..cute kan..hahhah..jadi aku pon search la tenet..nak tengok masakan apa yang best..tetiba rasa nak wat nasik tomato..skang ni senang ja..dunia dihujung jari..apa saja kita nak masak search ja kat cik google..easy..setiap sabtu family aku akan berbuka satu family..jadi hidangan yang aku buat harini dalam 10 orang makan..aku masak pon hanya dalam 2 jam saja..tu pon melenggang lagi sambil search tenet..

kakak : sedapla k.ngah..

kak wa n kakak: boleh kawen dah ni

hahhh ayat part last tu paling best wokk..hahaha..asal boleh masak ja boleh kawen..ahh pasni kena masak selalu ni...ok ini resipi skema yang aku amek kat tenet..tapi kalau versi sendiri hentam sajala labu..tapi yang belum pernah cuba ikut ja step ni insyallah jadik..tapi tips paling berkesan jangan SKEMA sangat la kan..kita bila masak ni pandai-pandaila tambah mana tak cukup..kurang yang mana lebih..oter-oter sket ikut lidah memasing..jadila..

Nasi Tomato 

rendam beras selama 10-15minit
aku guna beras biasa ja..tapi kalau nak elok guna beras BASMATI
ni hidangan untuk 3 pot beras

bahan A
2 sudu besar minyak sapi @ mentega
(aku guna mentega sebab sep bujet haha)


2 ulas bawang putih - cincang3 ulas bawang merah - hiris halus1 inci halia - hiris halus

buah pelaga + bunga cengkih +  kulit kayu manis + bunga lawang



bahan B
1/4 cawan susu cair

3 biji tomato di potong dadu kecil hancur

1/4 cawan sos tomato@ 2 sudu tomato puree 
(warna nasik terpulang kalau nak warna terang letak lebih)garam + gula


cara - caranya...


1. tumis bahan A sampai naik bau, dan masukkan bahan B kecuali beras.. kacau sehingga sebati..

2. Masukkan beras yang telah direndam

3. kacau sekerap mungkin.. tapi jangan sampai hancur nasi.. sekadar membalikan supaya nasi masak rata..
 
3.Pastu masukkan air(sukatan air macam masak nasi biasa)..

Hiasan
boleh letak bawang goreng,kismis,kacang peace,,jagung..ikut suka



Ayam masak merah

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas(ayam brand)
garam
gula
suku cawan susu cair


Cara-caranya

1. Gaul ayam dengan kunyit , garam 
Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2.  Kisar bawang putih dan bawang besar,halia kalau tumbuk halus pun boleh, Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.(kalau nak bau wangi lagi boleh tambah serai)

5. lepas tu aku letak susu cair sket....tapi kalau nak kuah cair sket tambah air kosong sendiri..

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang goreng tadi., pastu letak garam dan gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar. penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. 



boleh dihidangkan dengan sayur campur dan daging masak hitam ka..


sedikit moment untuk dikongsi
MOMENT-MOMENT TERINDAH





budak tak posa tak leh makan






SHARE :3 Amalan Rasulullah sebelum tidur

Assalamualaikum

sahabatku sekalian alam,bumi laut,planet marikh,pluto,donald duck..
sihatkah anda,anda,anda sekalian!!!minggu ni gua dah start kelas..dah nampaknya gua akan semakin rajin mengupdate entry-entry baru...harini gua nak share siket ilmu pengetahuan yang tadi secara tak disengajakan gua jumpa dalam tenet..walaupun harini ala-ala tazkirah tapi gua tetap nampak rock..baru ustazah rock..yeyeaahhh!!

Kalau aku sebelum tidor amalan aku memang bujet-bujet yang aku neh hot..ala-ala artis.. gosok gigi,cuci muka,pakai serum,pastu pakai lagi krim malam..sapu losyen(kalau rajin)..perghh!!berlagak gila akuh...memang bujet habis..tapi tak cerah-cerah pon..huhh...

Tapi kalau ikut amalan baginda Rasulullah sebelum tidur 3 ja amalan...tengok bertapa jahilnya manusia(ditujukan khas untuk diri sendiri..ngeh2x,..yang lain-lain nak terasa amek kau!!)).. dah dimudahkan cara hidup..tapi nak lagi susahkan diri sendiri dengan benda remeh..dah elok nak lagi elok..manusia-manusia(perli diri sendiri jugak)

3 Amalan Rasulullah Sebelum baginda tidur,



1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita.
Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hamba-Mu yang soleh.” – Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320,


2.meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur.

Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’  :

“Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.

3. Menutup bekas air yang terbuka

Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :


“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”
Dalam satu riwayat lagi menerangkan: 
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad
“Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmillah, maka lakukanlah.”
 maksudnya kat sini sekurang-kurangnya kalau ada kemungkinan apa-apa binatang jatuh boleh terhalang dengan kayu yang diletakkan tu..pastu kayu tu jugak serangga boleh berjalan kat atas kayu tu..
ok selamat beramal ya kawan-kawan..rasa baik sangat ala-ala muslimah plak harini buat entry gini..ngeh3x
Sumber telah dicetak rompak sedikit dari link dibawah:kemusykilan boleh saja copy or klik or watever link dibawah k... 
Terima kasih abang Muaz bagi pahala free dekat kite..kite semua.. (^_^)nak adik shu sedekah siket senyuman..sory ada edit-edit siket


http://muazfaris.com/amalan-rasulullah-sebelum-tidur/


 

YEEE!! dapat anak buah baru

Assalamulaikum

Hari ini hari yang bahagia buat family Haji Chin..bekos kami menyambut ahli baru..a.ngah dapat baby baru...anak pertama..malam semalam kak iparku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.3kg..comel sangat macam mak ngah dia you..wahaha..nama baby lupa nak tanya..huhu..





Ni dia gambar baby keturunan Pak Chin yang sangat comel!!!


A.ngah and k.Eja


Wahhhh!!! tak sabar nak beli baju lebah ada sesungut kak baby nanti..hehehh...Semoga sahabat-sahabat diluar sana mendoakan kebahagiaan and kesejahteraan keluarga kami..aminn!!!!




Laman Web baru untuk edit gambar..www.picmonkey.com

Assalamulaikum

Apa khabar orang disana??,...firstly aku nak tanya semua orang kat luar sana especialy gegurl-gegurl di luar sana mesti pernah kan edit-edit gambar bagai...dan kalau anda-anda-anda diluar sana peng OBSES dalam mengedit gambar mesti pernah dengar pasal laman web www.picnik.com...tapi orang-orang yang hebat-hebat belaka mesti tak layan picnik.com ni kan..mesti guna photoshop apa yang hebat bagai tu...tapi bagi aku..bagi orang-orang biasa yang tak ada knowledge pasal edit-edir gambar ni seperti aku layakla menggunakan web picnik.com ni..sebab dia easy saja...nak ubah warna ka..nak crop ka..nak touch up ka..semua dalam tu...

Tapi yang sedihnya skang..picnik.com telah pon ditutup pada 19 April 2012 haritu..dan aku sangat-sangat-sangatla terasa sedih..tocing dengan sifat mereka ni..jahat tau..sampai ati..dahla aku pandai guna benda alah tu ja...photoscape pon tak pandai lagi guna..huk..huk..hukk..koman kan aku...gegurl-gegurl kat luar sana pon mesti gelabah habis kan bila dengar picnik dah close.."macam mana nak hilangkan jerawat ni..macam mana nak bagi puteh muka ni..macam mana nak tutup sunburn..macam mana nak bagi gambar nampak kurus.."

Hhaha..by the way..dont worry gegurl-gegurl sekalian..sebab skang kamu semua boleh guna atau layan laman web baru ni yang di suggest oleh picnik.com sendiri..tapi aku tak sure la laman ni memang betul-betul baru untuk ganti picnik ataupon dah lama wujud...function sama..cuma aku rasa lebih advance..tapi aku pon tak habis explore lagi...tapi macam sempoi ja aku tengok..tak sabo rasa nak edit gambo baru...so kepada rakan di luar sana..selamat menyerang!!!

http://www.picmonkey.com/


ni page muka depan dia..sorry gambar blurr...biasala guna DSLR..ahakkk...
aku ada buat video..tapi tak leh nak upload..video kuar suara ja..tak kuar gambo..apa kes..haha..rugi tak dapat suara aku yang merdu habis tu..siap cakap key el bagai..siap ada slank-slank mat saleh tau..haha...






sama function dia macam picnik...yang sebelah kiri memanjang ke bawah tu adalah item effect,touch up,basic edits dia..frame semua tu la...lala dun worry..sapa yang pernah layan picnik no hal la nak explore...


SELAMAT MENCUBA
(^_^)



Kisah Hujung Minggu

Assalamulaikum
Selamat berhujung minggu..
^_^

haahh!!hujung minggu yang sangat memenatkan..apa-apa pon sabtu lepas final BI dah lepas..lega..sebenarnya minggu ni..rumah sewa aku dikunjngi oleh tetamu..kawan-kawan si Akbar..budak-budak senior softball Politeknik Seberang Perai..tumpang duduk sebab ada game friendly dengan bebudak junior..start pagi sabtuaku amek final..balik final tengok game budak softball..hujan plak petang tu siap lebat lagi..walaupun aku xmain dengan aku-aku sekali basah..support..lagipon aku kan penyokong paling setia..huhu...tambah-tambah akbar ada lagi setia..sanggup basah lagi u dalam hujan..haha..

Nama team softball ni SCORPIO..




 Junior team



 Cik Aziz




Akbar.. hitam sungguh kan!!

 



dah habis ja bermandi hujan..pukul 7 balik pegi pasar malam plak dengan bebudak sofball..pastu balik umah rehat-rehat kuar plak..sewa keta kot..sebab tak ada transpot..dalam tak ada duet pon collect-collect la sorang siket..huhu..ingat nak pegi karoke..tapi tau jala malam minggu..penuh..so tengok wayang ja la,,..yang tinggal cuma movie jam 12.55 malam...adoyaiii..lepakla lagi dua jam..huhuhh..sampai sengguk-sengguk tunggu...yang penting wayer dengn kam tidor dalam wayang..apa daa!!


 sambil menyelam minum airr...
sambil hang out kita dating-dating kali..hehe





 kanak-kanak riang..




Si Gadis
Aku,ika,wayer and kam




 serius memang letih sangat..habis movie dalam kul 2 lebih..balik umah perghh pengsan tros..pastu esok pagi bangun bawak wayer pegi swimming plak..







huaaaaaa..dan sekarang gua nak tidor..daa//assalamulaikum..bubye... ^_^
LETIH!!!!
ZZZzzzzzzzzzzz!!!!!!!!