BELANJA TRIP KE HONG KONG DAN MACAU


Tarikh      : 21 March 2017 - 25 March 2017
Hari         : Selasa - Sabtu ( 4 hari 3 malam)
Waktu     : KL- HKG ( 8.45 Pagi - 12.40 Tghri )
               : HKG - KL ( 10.50 Pg - 2.40 Ptg)



BUJET  RM

1 Tiket Flight Air Asia ( Return)                                            354.08
2 Baggage 30 Kg                                                    RM87.00
- Pergi 10kg, Balik 20kg
3 Makan Dalam Flight
- Roasted Chicken With Cream Sos 1 Pax 10.00
- Bukhara Briyani 2 Pax (Return) 20.00
- Mineral Water (Cup) Free
4 Processing Fee                                                   16.00
5 EVERET GUEST HOTEL (4 MALAM)                                                               RM400
6 TIKET DISNEYLAND (1 DAY PASS ) RM300.00
7 OCTOPUS CARD ( 4 Hari )                                                   RM200
8 TOPUP ( 5G)                                                       RM90
9 MAKAN DEKAT HONG KONG
- Nasi Goreng dalam Disneyland RM80
- Maggie Ramen 2 Bekas RM12
- Air Mineral Besar 2 Botol RM15
- Air Kotak Pisang 3 Kotak RM
10 SHOPPING
- Baju T-Shirt "I Love Hk" 2 helai RM16
- Fridge Magnet Hong Kong RM6
- Fridge Magnet Macau RM6
- Fridge Magnet Disneyland RM29
 Baju Hard Rock Macau 2 helai RM120
11 MAKANAN BAWAK DARI MALAYSIA (RM400) RM80
5 HARI MAKAN UTK 5 ORANG
Maggie 3 Bundle
Roti 4 Bundle
Sambal Garing Che Nor 2 bekas
Sardin 1 Tin
Mushroom Soup 1 Tin
Nasik Impit 20 Biji
Air Kotak 3 Bundle ( 1 bundle 6 kotak)
Beras 2 Kilo
Ayam masak Merah Brahim 4 pack
Ayam Rendang Brahim 2 Pack
Daging Rendang Brahim 1 Pack
Makanan ringan ( keropok,Biskut etc)
12 KOS KE MACAU
Tiket Ferry ( Return ) RM223
RM1,977.08

RESEPI MANGGO CHEESE CAKE NON BAKE

MANGGO CHEESE CAKE NON BAKE ( TAK PERLU DIBAKAR)
Size Bekas 8 Inci


Semua Gambar-gambar bahan adalah sumber dari Google
Gambar Kek adalah original dari K.ngah.


BAHAN A 

BISKUT MARIE 160 GRAM
BUTTER 70 GRAM




BAHAN B

CREAM CHEESE 250 GRAM
GULA ICING 40 GRAM
YOGURT MANGGO KECIL 140ML
WHIPPING CREAM 150 ML
BUAH MANGGA MANIS SEPARUH 























SERBUK GELATIN 2 SUDU BESAR @ 2 TSB (Table Spoon)
AIR 60 ML

Gelatin & Buah Mangga Manis

















BAHAN C ( TOPPING ATAS CAKE NANTI)

TOPPING READY MATE MANGGO
BUAH MANGGA MANIS 1 BIJI POTONG DADU

BAHAN D

Andai kata tak jumpa Topping manga yang dah siap  kat kedai kek, boleh buat sendiri puri untuk topping atas kek.

1/2 Sudu besar Gelatin
50ml Air
4 Sudu Besar puri mangga
1 sudu besar gula perang.

Bancuh gelatin dulu, cara bancuh gelatin step kat bawah, kemudian campur dengan puri simpan sekejap dalam peti, kemudian boleh letak atas kek dah.

.....................................................................................................................

CARA- CARA

1. BLENDER BISKUT MARIE GUNA BLENDER KERING SAMPAI HALUS, TAK ADA BLENDER KETUK-KETUK JA GUNA LESUNG BATU SAMPAI HANCUR.

2. CAIRKAN BUTTER GUNA OVEN ATAU ATAS DAPUR API, KEMUDIAN GAULKAN DENGAN BISKUT KEMUDIAN MASUKKAN DALAM BEKAS SIZE 8 INCI ATAU IKUT SUKA LA, TEKAN DAN BAGI RATA, KEMUDIAN SIMPAN DALAM PETI SEJUK BEKU ATAS DALAM 5-10 MINIT.

GAMBAR SUMBER GOOGLE - Terima Kasih "Christine Recipe" - Diedit oleh saya
Ha buat macam ni tau


3. Agak-agak cream cheese dah lembut sket, bukak masukkan dalam 1 bekas, kemudian masukkan gula dan mixer atau kacau tangan sampai serata. Kemudian masukkan whipping cream, yogurt manggo dan buah mangga. Kacau sat saja tau, takut buah mangga hancur.


GAMBAR SUMBER GOOGLE - Terima Kasih "Christine Recipe" - Diedit oleh saya


-Buah mangga k.ngah letak setengah ja sebab nanti atas toping nak letak lagi. K.ngah potong dadu dan masukkan. Nak letak lebih pun tak ada masalah. Klau tak mau potong dadu buah mangga tu bleh blender bagi hancur jadi puri pun boleh, ikut kretiviti.

 GAMBAR SUMBER GOOGLE - Terima Kasih "Christine Recipe" - Diedit oleh saya
Puri @ Buah Mangga Potong



5. AKHIR SEKALI MASUKKAN GELATIN DAN KACAU..LETAK DALAM BEKAS TADI DAN SIMPAN DALAM PETI AIS SEJUK BEKU 30 MINIT. Topping K.ngah letak manggo paste yang dah siap tu ja, ada jual dekat kedai bakery dalam tapawer. Lepastu K.ngah Tabur Buah mangga yang dipotong dadu.


-CARA BANCUH GELATIN, AMBIL BEKAS ALUMINIUM TAHAN PANAS,  MASUKKAN SERBUK GELATIN DULU, KEMUDIAN MASUKKAN AIR 60 ML. KEMUDIAN TUNGGU SAMPAI DIA KEMBANG. DAH KEMBANG MASUKKAN DALAM OVEN CAIRKAN ATAU CAIRKAN ATAS DAPUR API SEKEJAP SAJA.


CARA Bancuh gelatin

- Jangan masukkan air dulu baru serbuk gelatin, nanti dia berketul-ketul, lepas masukkan serbuk dan air teros kacau cepat-cepat sampai tak berketul.




K.ngah guna sudu sukat kek macam ni

1 Sudu Besar = 1 TBS ( TBS = Tablespoon)
1 Sudu Kecik = 1 TSP ( TSP = Tea Spoon)


Gambar kek Original Dari Saya








ALONG DALAM KENANGAN (12.01.1991-12.09.2016)

ALONG DALAM KENANGAN (12.01.1991-12.09.2016)

Masa K.siti sampai saja depan rumah kita, K.siti janji tak mau nangis, sebab K.siti mana pernah nangis depan hang, K.siti malu. Tapi bila kaki kak siti melangkah saja turun dari kereta, air mata ni tak mau berenti pulak. K.siti tak mampu nak masuk rumah Along. K.siti tunggu dulu, moga-moga air mata ini berhenti. Tapi tak boleh Along. Along dah berjaya buat K.siti menangis

Disaat ini, ingatan Kak siti masih pada Along, bertapa pemergian along begitu memberi kesan mendalam pada K.siti, terlalu banyak memori kita terngiang-ngiang dalam kepala kak siti ni, K.siti masih dapat rasa yang along masih lagi kat rumah Penang.

Kali terakhir cerita tentang Along adalah pada hari lahir Along 2 tahun lepas http://sitishuhairah.blogspot.my/2014/01/selamat-hari-lahir-along.html

Bertapa pada waktu ini kami seluruh ahli keluarga mendoakan along sihat dan panjang umor, dan Allah mengurniakan 2 tahun lebih masa hayat along untuk kami luang masa bersama.

Mana mungkin cukup satu page ini nak menceritakan semua kenangan kita bersama.

K.siti tak pernah bayangkan langsung macam mana kalau along dah tak ada, sebab k.siti tak mampu. Tapi akhirnya harini kak siti sedang melaluinya.

Berapa banyak kali berjumpa, kisah waktu kecil adalah kisah yang paling diingati, dan kami punya memori yang sangat banyak bersama, kerana dari kecil sehingga saat terakhir, kami adalah satu jiwa, berkongsi kasih ibu dan ayah bersama-sama, berkongsi kasih sebagai sahabat, berkongsi kasih sebagai sepupu.

Dikala tiap kali memori diungkit, pasti akan diiringi deraian gelak tawa, ah bertapa indahnya..zaman kecil kami dipenuhi kenangan indah, memori itulah yang mengikat rasa rindu yang teramat , teramat sangat pada Along.

Setiap kali along dikhabarkan along masuk hospital, seluruh ahli keluarga pasti turut risau, pada masa yang sama selama 12 tahun ini, along juga mengajar kami menjadi kuat dan sabar, tiap kali dengar along sakit kami turut rasa kuat. Insyaallah along tak ada apa,

Sehingga saat akhir Along pun kami rasa kuat bahawa insyaallah along okey, tak ada apa. Satgi along kluaqla. Dan akhirnya along meninggalkan kami dalam keadaan yang pada mulanya kami sendiri tak pasti kami mampu mengharunginya.


Tiap kali pulang, kalau jumpak along, mesti dia tanya, " Awat hang dah gemok kak siti?" ," huyoo kak siti dah kuruih", "lawa dak aku kak siti",

Along sangat kuat, Along sangat rajin bekerja, Along tak seperti orang sakit, senantiasa senyum dan riang. Along suka memasak. Along pandai buat kek yang semua kak siti ajaq.

Along adalah penyeri dalam keluarga, semua orang suka mengusik along, sebab best gila, hahaha. kalau gempaq along mesti menjerit macam orang gila, gila punya best.

Bila abg ngah atau sapa-sapa nak cium along mesti menjerit macam nak kena histeria. hahaha, tapi masa kali terakhir, along x marah pun kami semua cium along. Along senyum lagi. Kami semua dapat cium lama-lama.

Lepas arwah mama su meninggal, K.siti selalu pesan, "raya kalau amek cuti, nanti klau asyik keja saja tengok-tengok taun depan, kalau ibu hang meninggal, tak sempat nak raya dengan ibu hang baru tau", dan tahun ni along amek cuti masa raya. Tapi akhirnya kak siti yang tak sempat beraya dengan along (tahun ni balik raya belah suami)

Along tau dak kak siti tak sabaq sangat nak balik raya penang taun depan, tapi along dah tak dak :(

Sudah lama along menderita, menanggung sakitnya, 12 tahun Hospital merupakan rumah Keduanya, 3 kali seminggu cuci darah, berkali-kali berjuang di bilik ICU, berkali-kali duduk di katil operation dan sekarang sudah tiba masanya Along berehat. 

Ya , ahli keluarga sangat turut bersedih, tapi kami redha, kerana akhirnya berakhirnya penderitaan orang yang kami sayang. Along, kak siti sayang along sangat.



Persiapan Kahwin

Assalamualaikum

Lama tak update pasal diri sendiri, tetiba rasa nak update pasal persiapan kawen kita, mana lah tau kan boleh jadi sumber rujukan bagi mana-mana pihak. Hanya sekadar perkongsiaan nah. Bacalah dengan hati terbuka. :)

Bagi mana-mana wanita didunia ini, mestilah menginginkan sebuah perkahwinan impian, tapi kalau dah duit pun tak berapa nak impian sangat, haruslah berlanja dengan bijaksana serta bijaksini. Kalau nak lebih usaha la lebih, kalau berbelanja diluar kemampuan pun biarlah  setakat 30% diluar kemampuan, jangan lebih, takut merana lepas kawen nanti.

Result nanti masa majlis tak taula gempak tak gempak, cuma berharap semua berjalan dengan lancar dan tetamu pulang dengan perot yang kenyang.

1. Pilih Tarikh

Pertama Sekali dalam persiapan perkahwinan, kena la ada date, dah ada date barula boleh rancang yang lain-lain,bab postpone jangan risau, ceq ni berapa kali postpone dah disebabkan masalah tertentu.

Macam aku tarikh kawen ikut kekosongan dewan yang ada. Tak ada sebarang tarikh istimewa. Sebab abah dengan adik beradik pun senang. Semua ikut aku. 

Tapi kalau jenis gedik-gedik nak jugak something tarikh special dihari bahagia kenala booking awal setahun, takut klau tak dapat merana 7 keturunan tak habis. 


2. Tempah Dewan (Kalau Majlis bukan dirumah)

Macam aku senang saja, pegi pejabat, tanya Cik Bulan Jan bila tarikh free, dia kasik pastu pilih, klau dia cakap bulan Jan full, aku tanya lagi bila lagi tarikh free..ha sonang hati mak. Aku tempah 4 bulan awal. 
Procedur cancel (Disebabkan ada kematian @ etc)

1. Jangan harapan tinggi dapat tarikh yg kita nak
2. Just bg bulan yang kita nak and tanya mana yang ada kekosongan
3. Jangan p bergaduh pulak dengan orang dewan tu dengan harapan mereka faham. Mereka pun buat kerja jugak.


Procedur Booking Dewan

1. Jumpa Pak Guard, tnya mana ofis, cakap nak sewa Dewan
2. Naik Ofis Jumpa En. Saiful
3. Check Tarikh, Isi Borang
4. Deposit bayar 2 bulan sebelum Majlis Selepas surat dikeluarkan
5. Mana-mana jenis dewan yang diprovide oleh pihak pengurusan Tapak Pesta    tak disediakan kerusi dan meja, harap maklum ya
6.Bayaran penuh RM1600 dibayar terus selepas surat dikeluarkan dalam dua      bulan sebelum majlis, dan bayaran dibuat di komtar tingkat 23


 Saya Tempah Dewan Tertutup Tapak Pesta Penang (Aircond/capasiti 500 org satu masa)
Harga RM1100 + Deposit RM500

Klau Dewan Terbuka Tapak Pesta Penang, Murah dan lagi besar ,cuma tak ada aircond (RM700)


3. Katering 

Yang ni Paling Penting, satgi orang mai jamu mata ja tengok hang sanding. Katering abah yang urus. Katanya nak amek orang kampung saja :) kawan dia.





4. Booking Make Up

4 bulan aku servey punya servey, tanya kawan dan sebagainya, finally decide amek dekat Mimie Aziz.Cover 2 Event Nikah n sanding

Insta : @mimieaziz 
No Tel : 017-3002507
Deposit : RM50 shj
Location : Penang

X sure Luar Penang Cover ka tak..


 Make Up Nikah

Make up Sanding

5. Booking Pakej Perkahwinan

Pakej Perkahwinan ni macam-macam, berbaloi atau tak depends kepada diri sendiri dan keinginan anda. Contoh kalau nak jugak design pelamin butik tu, mahal pn apa kesah janji bagi tuan pnya badan berbaloi.

Aku telah sebulat suara telah memilih Kak Ida, sebab suka yang simple and clean  saja tapi stay nampak mewah sket, pastu suka sungguh bunga-bunga. Baju Kahwin belah aku pn buat sendri dekat Layqaa. Baju dapat teros.

Insta : @dterunadaraweddingndecor
By : Kak Ida
No Tel : 019-465 9191
Location : Kulim
Deposit Lock Date : RM700


Ni lah Pelamin Ceq..ngee





6. Photographer (Alun Photographer)

Aku amek untuk sanding  masa dia buat promotion RM800, untuk akad nikah tambah lagi RM500, 2 event RM1300. Dapat 50 keping size 4R, Free Outdoor dan thumbdrive. Xpa gambar lebih nanti cuci sendiri. Jimat Kannn.

Bagi aku dia la paling Murah paastu gambar cantek. 

Contoh Gambar Dari Abg Syarul Khalid kita. Service memang A, abg ni memang rajin gila sampai hang pn xlarat nak bergambar..ekekek..sebab tu la ceq asyik halau abang suruh pi makan..sebab tak larat..hahah..




Skang tengah berlangsungnya promotion RM900

Insta : @alunphotography
Wassup : 013-5160171
Deposit : RM200

7. Baju Kahwin (Majlis Bertandang, Bakal Husband Side)

Sepanjang aku Mengkaji Sewaan Sepasang Baju Kahwin Lelaki dan perempuan Paling murah RM650, Tapi Tak dapat balik. Jadi bertekad baju kahwin tak mau sewa, nak buat sendiri. 

So decide belah lelaki nk tempah and amek terus. Nak yang Tradisional and simple sebab nanti baju boleh pakai raya nanti. Tema Kahwin Aku "Baju kahwin Baju raya" (@^@)

Berbulan aku termenung dIbucu Meja Makan, pikir betul ka nak tempah, nak tempah kena cari kain, cari taylor, kain ok lagi boleh cari tapi nak cari taylor yg trusted tu yang payah. Tetiba semalam scroll pny scroll ternamapak pakej RM888 BAJU KAHWIN Custome Made Lelaki & Perempuan, dapat terus Baju. Apa lagi mak, wassup bagi tarikh terus book. 

Lagipun ceq bab baju ni tak cerewet, cukuplah sekadar simple dan beserderhana saja. 


Akad Nikah : Baju Kurung Moden N baju Melayu : Peach Colour : RM500
(Dapat diskaun sebab amek full package 3 Majlis)



Belah Aku : Moden Dress : Dusty Purple : RM888



Husband Side : Songket Tabur : Merah Masala : RM888







Insta : @itsnanalahboutique
Wassup : 013-3100750
By : Kak Nana
Location : desa subang permai shah alam
Deposit : RM200


8. Bridesmaids  (Mustard Colour & Mint Green)

Recommended : Nagoya Store : Murah Gila and Kain Berkualiti seiring dengan harga. Kain serendah RM5 semeter.

*Mula-mula nak amek material satin, tapi ramai refuse sebab tak berapa sesuai

Walaupun ada isu di Fb yang menyatakan apahal bridesmaids2 bagai ,pilih kawan ka apa, apa aku kisah, sebab aku tak pernah pilih kawan malahan kekawan baik aku siap volunteer lagi nak jadik bridesmaid tanpa dipinta. Ah terharu. Tapi yang Mana Tak Rela pun aku paksa jugak jadik #pengantinkejam.

Kami semua berkawan semua dari golongan sederhana, jadi bila tiba waktu bahagia rakan-rakan yang lain kami akan sama-sama berkongsi. Jadi tak ada isu bakal pengantin kena sponsor semua atau apa. Just Rotate the happiness.

Buat pengetahuan semua bakal-bakal bridesmaids saya sponsor diri sendiri kain mereka, dengan balasan "nanti depa kawen ceq beli kain guna duit sndiri kena jadik bridesmaids balik".. hahah

So last week setel dah cari kain untuk bakal Bridesmaids i yang cantek seramai 13 orang ..ramai tak ..hee

6 orang kawan baik sek untuk hari akad nikah bersama 1 baby 
7 orang kawan baik silat untuk Majlis Sanding bersama 2 baby 

Tamak tak kiterr? Alhamdulillah sangat, kawan-kawan sudi berkongsi kegembiraan dengan kita.

Taylor : @enaazman
FB : https://www.facebook.com/EnaAzman1?fref=ts
Location : Taman Tun Sardon Gelugor Penang
Bridesmaid Masa Majlis Sanding (Kawan Silat)

Bridesmaids Masa Akad Nikah (Kawan Sek)


9. Baju Family : (Baby/Hazel Blue) (RM7 SEMETER)

Recommended : Nagoya Store : Murah Gila and Kain Berkualiti seiring dengan harga. Kain serendah RM5 semeter. Lace aku beli dekat Jakel KL, Banyak gila choice. Nak Jimat amek ja lace yang double layer atas bawah.

*Mula-mula nak amek material satin, tapi ramai refuse sebab tak berapa sesuai


Kain Baju Family pn aku beli dekat nagoya sekali dengan kain bridesmaids haritu, cuma tak ambil lagi sebab kain tak cukup. Just bayar deposit RM100 dan tunggu kol kain sampai baru bayar fully. 


Taylor : @enaazman
FB : https://www.facebook.com/EnaAzman1?fref=ts
Location : Taman Tun Sardon Gelugor Penang




Baju Adik

 Abang Chaq n Family


Keluarga Maksu

10. Banner & Tanda Arah & KAD Kahwin










Sumpah murah dan berbaloi. Bank In duit , pilih Design "Esok Cik Boleh Datang Collect". Servis Tip Top A. Klau nak Pos Laju tambah RM35. Deal dalam Fb mesengger ja.

FB : https://www.facebook.com/giantbanner?fref=ts
Location : 16-G1, JALAN PERDANA 6/6, PANDAN PERDANA 55300 KUALA LUMPUR.

Gambar Banner Tak sempat nak tangkap elok-elok, ni pun amek copy dari orang lain.




Kad Kahwin







11. Dooorgifts









12. Homestay

Bagi yang keluarga pasangan jauh jangan lupa booking homestay nah. Yang ni bulan depan baru nak cari..hee



13. Honeymoon

HMana dan, bila fre pegi ja jalan-jalan. Ehek

14. Dessert Site


Kita Amek Aiskrim dari kifayah banting dan satu lagi lupa dah. Amek 2, bukak dua booth sebab tak nak orang beratur panjang-panjang sangat. Yang satu lagi pun murah jugak. Area Seberang Perai. Just bayar duit Transpot RM30 rasanya.



400 kon dalam rm300 lebih kot..Lupa dah. Tapi Murah Jugak