Koleksi : 1 Hari 1 Resipi

Assalamualaikum

Aku sangatla suka memasak, double dan triple sangat suka, tetapi tak la pandai sangat masak macam Masterchep, bolehla setakat nak bagi kenyang perot sendiri dan lain-lain. Jadi dapat memiliki satu koleksi buku memasak sangatla mengembirakan aku, so nak sharingla siket :)



Boleh dapat royalty apaka kakak sebab tolong promote, ala jangan berkira, geng kot

Aku nak promote satu buku resipi kat sini bagi mereka yang baru nak belajar memasak, Tajuknya : 1 Hari 1 Resipi, Penulisnya : Chef Hanieliza, dah lama aku nak beli, tapi masa tu harga mahal lagi RM39.90. Jadik aku amek keputusan baek aku online jala kalau nak carik resipi, free. Namun begitu keingginan masih terpahat dalam kalbuku untuk memilikinya sebagai koleksi bila harga dia dah murah nanti, dekut betol

Last week masa nak balik dari KL kakak ipar aku bawak kami jalan-jalan dulu pegi tengok wayang Fast and Furious 6 (memang best gilerr wa cakp sama lu) dekat Jusco Rawang, sebelum masuk panggung jalan-jalan dulu pusing Jusco, and then masuk Popular kedai buku. Pusing punya pusing aku jumpak buku ni balik, mula-mula buat tak tau, sebab kecewa tak habis lagi, tapi jeling-jeling jugak pastu tengok-tengok harga dah murah aku apalagi amekla pastu bayar menggunakan baki voucer buku yang masih tinggal RM50.00. Tengok bertapa aku menggunakan duet rakyat kearah yang benar, jimat lagi!


Dalam buku ni yang bestnya dia siap tunjuk lagi jenis-jenis bahan dan barang yang nak digunakan, bagi sesiapa yang tak tau bawang besar macam mana, bawang merah macam mana, pastu di tambah lagi kekonpiusan mana satu buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang semuanya telah diadaptasikan dalam buku ni sekali ngan gambar.



 Amek hang! lesung batu pon dia gitau, ni perli ni, hahaha!





Resipinya jugak dibahagikan mengikut bahagian cara nak masak lauk ayam, lauk daging, lauk ikan, sayur, seafood dan dessert & kuih muih pon ada, 











Aku dah ada, kepada yang lain selamat memilikinya, selamat menambah ilmu dan kemahiran baru didalam hidup anda!! :)

## Sory gambar blur, non edit, original dari kamera yang sedang nazak :)


2 comments:

Hanieliza said...

Salam..
Mudah-mudahan buku 1 hari 1 resipi itu dapat memberikan inspirasi masakan seharian...
Selamat mencuba ..

k.ngah said...

terima kasih :)