Resipi : Nasik tomato dan Ayam masak merah

Assalamulaikum..
Selamat berbuka!!!

Actually..aku memang rindu gila nak masak..dan buat pengetahuan semua aku sangat suka memasak..tapi kadang-kadang waktu dan bujet tak mengizinkan aku nak masak selalu..and skang aku baru sedar yang aku dah lama tak masak...memang gempak kan..muka ayu perangai ganas tapi suka masak..cute kan..hahhah..jadi aku pon search la tenet..nak tengok masakan apa yang best..tetiba rasa nak wat nasik tomato..skang ni senang ja..dunia dihujung jari..apa saja kita nak masak search ja kat cik google..easy..setiap sabtu family aku akan berbuka satu family..jadi hidangan yang aku buat harini dalam 10 orang makan..aku masak pon hanya dalam 2 jam saja..tu pon melenggang lagi sambil search tenet..

kakak : sedapla k.ngah..

kak wa n kakak: boleh kawen dah ni

hahhh ayat part last tu paling best wokk..hahaha..asal boleh masak ja boleh kawen..ahh pasni kena masak selalu ni...ok ini resipi skema yang aku amek kat tenet..tapi kalau versi sendiri hentam sajala labu..tapi yang belum pernah cuba ikut ja step ni insyallah jadik..tapi tips paling berkesan jangan SKEMA sangat la kan..kita bila masak ni pandai-pandaila tambah mana tak cukup..kurang yang mana lebih..oter-oter sket ikut lidah memasing..jadila..

Nasi Tomato 

rendam beras selama 10-15minit
aku guna beras biasa ja..tapi kalau nak elok guna beras BASMATI
ni hidangan untuk 3 pot beras

bahan A
2 sudu besar minyak sapi @ mentega
(aku guna mentega sebab sep bujet haha)


2 ulas bawang putih - cincang3 ulas bawang merah - hiris halus1 inci halia - hiris halus

buah pelaga + bunga cengkih +  kulit kayu manis + bunga lawang



bahan B
1/4 cawan susu cair

3 biji tomato di potong dadu kecil hancur

1/4 cawan sos tomato@ 2 sudu tomato puree 
(warna nasik terpulang kalau nak warna terang letak lebih)garam + gula


cara - caranya...


1. tumis bahan A sampai naik bau, dan masukkan bahan B kecuali beras.. kacau sehingga sebati..

2. Masukkan beras yang telah direndam

3. kacau sekerap mungkin.. tapi jangan sampai hancur nasi.. sekadar membalikan supaya nasi masak rata..
 
3.Pastu masukkan air(sukatan air macam masak nasi biasa)..

Hiasan
boleh letak bawang goreng,kismis,kacang peace,,jagung..ikut suka



Ayam masak merah

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas(ayam brand)
garam
gula
suku cawan susu cair


Cara-caranya

1. Gaul ayam dengan kunyit , garam 
Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2.  Kisar bawang putih dan bawang besar,halia kalau tumbuk halus pun boleh, Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.(kalau nak bau wangi lagi boleh tambah serai)

5. lepas tu aku letak susu cair sket....tapi kalau nak kuah cair sket tambah air kosong sendiri..

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang goreng tadi., pastu letak garam dan gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar. penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. 



boleh dihidangkan dengan sayur campur dan daging masak hitam ka..


sedikit moment untuk dikongsi
MOMENT-MOMENT TERINDAH





budak tak posa tak leh makan






No comments: