SHARE :3 Amalan Rasulullah sebelum tidur

Assalamualaikum

sahabatku sekalian alam,bumi laut,planet marikh,pluto,donald duck..
sihatkah anda,anda,anda sekalian!!!minggu ni gua dah start kelas..dah nampaknya gua akan semakin rajin mengupdate entry-entry baru...harini gua nak share siket ilmu pengetahuan yang tadi secara tak disengajakan gua jumpa dalam tenet..walaupun harini ala-ala tazkirah tapi gua tetap nampak rock..baru ustazah rock..yeyeaahhh!!

Kalau aku sebelum tidor amalan aku memang bujet-bujet yang aku neh hot..ala-ala artis.. gosok gigi,cuci muka,pakai serum,pastu pakai lagi krim malam..sapu losyen(kalau rajin)..perghh!!berlagak gila akuh...memang bujet habis..tapi tak cerah-cerah pon..huhh...

Tapi kalau ikut amalan baginda Rasulullah sebelum tidur 3 ja amalan...tengok bertapa jahilnya manusia(ditujukan khas untuk diri sendiri..ngeh2x,..yang lain-lain nak terasa amek kau!!)).. dah dimudahkan cara hidup..tapi nak lagi susahkan diri sendiri dengan benda remeh..dah elok nak lagi elok..manusia-manusia(perli diri sendiri jugak)

3 Amalan Rasulullah Sebelum baginda tidur,



1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita.
Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :

” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hamba-Mu yang soleh.” – Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320,


2.meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur.

Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’  :

“Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.

3. Menutup bekas air yang terbuka

Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :


Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”
Dalam satu riwayat lagi menerangkan: 
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad
“Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmillah, maka lakukanlah.”
 maksudnya kat sini sekurang-kurangnya kalau ada kemungkinan apa-apa binatang jatuh boleh terhalang dengan kayu yang diletakkan tu..pastu kayu tu jugak serangga boleh berjalan kat atas kayu tu..
ok selamat beramal ya kawan-kawan..rasa baik sangat ala-ala muslimah plak harini buat entry gini..ngeh3x
Sumber telah dicetak rompak sedikit dari link dibawah:kemusykilan boleh saja copy or klik or watever link dibawah k... 
Terima kasih abang Muaz bagi pahala free dekat kite..kite semua.. (^_^)nak adik shu sedekah siket senyuman..sory ada edit-edit siket


http://muazfaris.com/amalan-rasulullah-sebelum-tidur/


 

No comments: