SAHABAT SAYA KAWEN : ABDUL & EKA WEDDING

Assalamualaikum...

Dah lama tak update,rasanya hampir 2 bulan lebih ya kekawan..selamat aku tak berjanji nak update blog setiap bulan,kalau dak konpom-konpom aku telah menabur janji yang palsu..sebenarnya mereka ni telah pun berkahwin 3 minggu yang lalu,dah pegi bulan madu dan racun dah kat pulau langkawi,biasalah remaja berwawasan,agak sibuk siket sana-sini,bayangkan setiap minggu dari lepas minggu raya aku balik,kopak duet belanja bulanan aku bolan ni, dan minggu ni merupakan minggu terakhir aku balik penang,tak mau balik dah pasni sebab duet dah abeh.

Usia perhubungan mereka ni hampir 6 tahun,samalah usia perhubungan pershabatan aku dengan mereka,lalu itu yang membuatkan aku juga begitu teruja untuk melayari bahtera rumahtangga mereka,.penyibok rumahtangga orang nampaknya aku disini dan aku jugak berasa ke excitedkannya bila mereka akan diijabkabulkan nanti,ditambah pula aku dilantik menjadi penyepit kepada pengantin lagi bertambah terujalah jiwa ku ini.

Sepanjang 6 tahun usia percintaan mereka pelbagai dugaan,cabaran pahit manis,masam,masin ditempuh bersama oleh mereka,dan aku juga merupakan sebahagian dari watak dalam cerita cinta telenovela mereka ini,jadi sedikit sebanyak aku juga merasakan seperti rasa-rasa diatas yang aku sebut tadi,dan buat pengetahuan semua mereka berdua merupakan satu-satunya kawan baik aku yang dua-duanya kawan baik aku ya yang sampai jodoh dan akhirnya berkahwin,jadi aku pon rasa seronok sangat,sebab aku ada masa tengok mereka susah,bahagia,senang.Jadi apabila akhirnya diberi rezeki yang baik,berkahwin,aku pon rasa seronok jugaklah..kawan-kawan lain pon seronok,selalu bila hang out sesama status bopren girlpren,pasni bila hang out dah jadik laki bini dah depa dua ni,sumpah i jeles

Semoga berbahagia dan dipanjangkan jodoh sahabat sehingga ke jannah,dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah,bahagia selalu,dimurahkan rezeki rumah tangga..amin..:)


PREVIEW..GAMBAR MASA TUNANG







Gambar masa akad nikah (16 september 2013)
Masa ni saya x ada sebab xbalik lagi..jeles taw!!
Mereka-mereka yang dibawah ni semuanya geng bebudak silat..
Masa team sukma dolu-dolu yang masih kawan sampai sekarang and bebila..
sebab tu la jeles gila bila aku tak dak dalam gambar neh..










Masa kenduri..(17 september 2013)
Yang ni aku ada..so sila jeles bagi yang tiada..



ketamakan melanda..













Ish gatal pulok die nak duduk sebelah kite neh..




Koleksi : 1 Hari 1 Resipi

Assalamualaikum

Aku sangatla suka memasak, double dan triple sangat suka, tetapi tak la pandai sangat masak macam Masterchep, bolehla setakat nak bagi kenyang perot sendiri dan lain-lain. Jadi dapat memiliki satu koleksi buku memasak sangatla mengembirakan aku, so nak sharingla siket :)



Boleh dapat royalty apaka kakak sebab tolong promote, ala jangan berkira, geng kot

Aku nak promote satu buku resipi kat sini bagi mereka yang baru nak belajar memasak, Tajuknya : 1 Hari 1 Resipi, Penulisnya : Chef Hanieliza, dah lama aku nak beli, tapi masa tu harga mahal lagi RM39.90. Jadik aku amek keputusan baek aku online jala kalau nak carik resipi, free. Namun begitu keingginan masih terpahat dalam kalbuku untuk memilikinya sebagai koleksi bila harga dia dah murah nanti, dekut betol

Last week masa nak balik dari KL kakak ipar aku bawak kami jalan-jalan dulu pegi tengok wayang Fast and Furious 6 (memang best gilerr wa cakp sama lu) dekat Jusco Rawang, sebelum masuk panggung jalan-jalan dulu pusing Jusco, and then masuk Popular kedai buku. Pusing punya pusing aku jumpak buku ni balik, mula-mula buat tak tau, sebab kecewa tak habis lagi, tapi jeling-jeling jugak pastu tengok-tengok harga dah murah aku apalagi amekla pastu bayar menggunakan baki voucer buku yang masih tinggal RM50.00. Tengok bertapa aku menggunakan duet rakyat kearah yang benar, jimat lagi!


Dalam buku ni yang bestnya dia siap tunjuk lagi jenis-jenis bahan dan barang yang nak digunakan, bagi sesiapa yang tak tau bawang besar macam mana, bawang merah macam mana, pastu di tambah lagi kekonpiusan mana satu buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang semuanya telah diadaptasikan dalam buku ni sekali ngan gambar.



 Amek hang! lesung batu pon dia gitau, ni perli ni, hahaha!





Resipinya jugak dibahagikan mengikut bahagian cara nak masak lauk ayam, lauk daging, lauk ikan, sayur, seafood dan dessert & kuih muih pon ada, 











Aku dah ada, kepada yang lain selamat memilikinya, selamat menambah ilmu dan kemahiran baru didalam hidup anda!! :)

## Sory gambar blur, non edit, original dari kamera yang sedang nazak :)


Selamat Hari Adik!! Adik :)

Assalamualaikum

Tahukah anda, mempunyai seorang adik adalah sangat best, kerana kita boleh berkongsi apa saja duka dan lara bersama adik kita. Tempat meluah rasa. meluah perasaan marah. sorry adik sebab selalu jadik tempat kakamu ini melepaskan marah. Disamping itu mereka jugak boleh menjadi mangsa buli oleh kita. "Adik amek tu,adik amek ni,adik tolong urut sat,adik tolong p kedai". Sangat awesom kan, haha, dan bila adik kita marah kita boleh cakap camgini "Aku kan kakak", "Aku kan abang". cam lam iklan tibi tuh.

Saya ada seorang adik perempuan yang berumur 20 tahun, perbezaan umur antara aku hanyalah 4 tahun. Dan aku rasa sangat seronok kerana mempunyai seorang adik, walaupun satu hari nanti tak ada orang nak kawan ngan aku, aku tak perlu risau kerana aku masih mempunyai seorang adik yang boleh menjadi kawan aku. Kami berkongsi segala rasa, kongsi baju, kongsi make up walaupon first time beli tak mau kongsi sebab mahai, heheh, kongsi taste yang sama dan sangat rapat. Walaupon dulu aku adalah kakak yang sangat kejam. Bila arwah mak suruh jaga adik,aku sangatlah marah, sebab aku dah konpom-konpom tak boleh maen dengan kekawan aku so kekadang bila rimas aku akan halau dia balik, budak kecik kan. apa yang dia tau maen sangat, pastu kalau adik tak mau aku pukul dan halau dia sampai nangis, tapi bila dia nangis aku tutup mulut dia sebab takot mak dengar. haa tau pon takot. Tapi kami gado-gado manja saja, pagi gado sebelum pagi habis dah baek. 



Muka aku dan adik hampir sama dan ada jugak yang cakap kami kembar, tapi selalunya orang akan cakap aku adik dan adik kakak, lalu adik pon akan marah, haha. Ya sama sebab kami mewarisi muka arwah emak. cuma yang berbeza adalah isipadu badan adik dan aku, wakakaka

Dan adik selalu menjadikan aku idolanya (perasan seketika) ketika berfesyen atau apa saja, kerana aku umpama macam nealofa, dia selalu menjadikan aku contohnya, apa saja fesyen yang aku suka dia pon suka, maknanya memang beli satu baju share dua orang, hari isnin aku pakai, hari selasa adik pulak pakai. Jimat kan!!

Bila aku ada dengan adik aku, aku jadik manja laen siket(manjala konon ka malas?). Semua benda aku harapkan adik aku. Ädik mana tudung, adik mana beg aku,adik mana seluaq aku. Sampaikan masuk asrama barang selalu hilang cari tak jumpak sebab dah habit ada orang tolong cari kat umah."Ahh banyak sangat yang dikongsi kat sini kenangan yang lalu, tapi rasanya mau penat nak membaca.



Adik adalah seorang yang berjiwa jiwang, kekadang naek geli aku membaca sajak dan puisi cintanya didalam buku. Adik juga seorang yang lembut hatinya walaupon dia tak mau bagi tapi akhirnya dia bagi jugak. "Adik pinjamla duet", "Adik mana ada duet", "Ala pinjamla, ples,ples,ples, esok aku bayaq(walaupon hakikatnya tak bayaq."dan adik pon bagi duet. Adik juga kuat nangis bila kena marah dengan abah. Kekadang abah marah aku tapi dia yang nangis lebih. 

Sambil makan nasik aku nangis, bila angkat kepala aku tengok adik pon nangis. "Awat hang nangis", '"Dah k.ngah nangis..dahla janganla nangis". Pastu dua-dua nangis. dua hati yang telah bertaut. Oh adik.!!SELAMAT HARI ADIK..lup u..nanti aku belanja baju baru sempena hari adik. :)




yang ni lawak. hahaha, belakang seluaq biru tu aku, tapi tu tak lawak sangat

Resipi : Lenggang VS Kuah Sardin baiiii!!

Assalamualaikum



Actually..abah aku suka sangat makan lenggang..ceritanya zaman dahulu kala..pada zaman kegawatan ekonomi keluarga..lenggang ni la tok gua selalu masak bagi abah gua bawak bekal pegi skola..abah cakap.."hampa la ni senang..abah dulu hari-hari bawak bekai(bekalan) pi sekolah..bungkus ngan paper ja..lenggang tu tok hang ni bungkus sekali ngan sambal belacan..ayaq plak minum paip kola ja(air paip)"..hampa la nak bawak bekai pon malu..hehehhh...itu kata abah..

Dan tadi pon abah bantai sampai 4 keping..tak salah gua la..sebab kira kot belakang..kira curi-curi..hahahh..so sempena hari bapa tun depan..aku update pasal makan peberet bapa gua..hooyeeahh..ala kacang botol ja..cikedout..

Bahan-bahan

1 ) Tepung Gandum (2 cawan)
2 ) Telur (4 biji )
3 ) Garam

Cara-cara

1) Campurkan tepung,telur,garam sekali..then kacau..pastu tambah air sket..

2)Lenggang ni guna telur banyak..tak macam cucur biasa..sebab telur membuatkan ia lembut...

3)dah kacau2x..masukkan dalam blended then blen..hahh..siap..boleh mula goreng
Nak cai rcam gini..tak mo pekat sangat..tak mo cair sangat..yang sedang-sedang saja..lallalalala


4) panas kan api..letak minyak sket(gunakan daun pandan)..letak secedok lenggang then angkat periuk tu pusing or orang penang cakap haaa lenggang...

Inilah peminat rahsia lenggang gua..lihat kekembungan di mulutnya itu...



disebabkan badan abang gua terlalu tuff..ya tuff ya..sangat-sangat tuff..dan sudah mempunyai seorang isteri dan anak yang comel..terpaksala aku letak banner alah tu..takot ada yang tergoda..yakkk..pui100xx..








DIZERRT yang sangat sedap...sangat mudah..

Assalamualaikum 
ya saudara-saudara ku

hehehhhhh(senyum kambeng)...hehehh(senyum kambeng lagi)..hehehh..dah-dah...sory tak leh henti senyum..sebab hepi sangat harini satu kelas jeww..so itew balik awal..onoknyee..hahahh..gedik...of kos mestilah seronok kan...budak-budak sem last bukan senang nak dapat balik awal..selalunya kelas ganti,ganti,ganti ja kejanya..but khabar baik harini diiringi dengan khabar angin a.k.a khabar buruk la.. nanti ada kelas ganti hari sabtu...hmmm..apa bole buat...dapat lak lec cepat tocing..follow jala...tapi.arghhh..hari laen tak leh ka...lantakla..hilang mood aku nak buat entry nanti..ok..bebalik pada persoalan..sebenarnya aku nak update lama dah..tapi..tapi..tapii..bapa banyak tapi daa...tapi itew sibok sangat lah..hehehh.

Dah lama kan tak buat entry pasal masak-masak..seriously..i miss all of moment bout cooking..i love cooking very much banyak macam gua sayang bopren gua..kokoo ot..dessert ni terhasil masa jamuan berbuka puasa dekat umah cik faizal...dah orang jemput..jadi aku rasa macam nak bawak something macam ala-ala dessert..orang berbudi kita berbahasala..tapi nak beli kek secret recipe mahal sangat..walaupon aku keja sana and bpleh dapat staf purchase..tapi tetap rasa tak mampu..hahahh..dekut betol...lagi pon aku nak buat something dari hasil tangan sendiri yang boleh buat orang lagi ingat kat kita..yang boleh menambahkan lagi megabite dalam otak mereka yang benda tu aku la buat...(cakap jala nak belagak)..huhu...

so aku teringatla masa kecik-kecik dulu arwah mak aku suka buat benda alah ni..sangat sedap..dan tiba-tiba terlintas memory bersama arwah mak aku..so aku decide nak buat benda alah ni..tapi buat pengetahuan semua walaupon dah 23 tahun aku makan benda ni..tapi ni kali pertama aku buat sendiri dengan hanya bantuan telefon..kol kakak aku..heheh..tapi tak susah pon..senang jeww..saja buat suspen lebey..kos pon sangat ringan..ahh..terbanyak cakap plak harini...so jom..cikedout-dout..ahakahak..

AGAR AGAR bersama pasangannya KUAH KASTARD
nama macam kampung sangat la plak..tukarla
JELLY and VANILLA CASTARD 
PERGHHH!!belagak kau...



Macam-macam bentuk yang boleh buat
dekorasi dia tu ikut kretiviti sendiri

Pertama sekali anda mestila buat agar-agarnya dulu..tapi aku cakap nampak ja senang..tapi susah tau nak buat agar-agar ni..silap timing lembik la...jangan cakap bosar..ekaw cubo dulu..tapi alhamdulillah berkat keikhlasan hati jadi jugak..ingatkan keras..huhh...kus semangat...

Bahan-bahan A
Agar-agar

1. Just beli agar-agar paket yang telah sedia ada dijual di TESCO..amek ja yang mana-mana punya cap brand..

2.ikut saja arahan cara nak masak agar-agar dekat cap brand yang diambil..dun wory,,dah sedia ada tertera disana...situ sini,,pastu pandai-pandai la hentam siket-siket..hahahh..(aku buat gitu..ikut naluri)

3. Perisa agar-agar ikut citarasa masing-masing..aku guna rasa asli resipi mak aku..sirap jeww...kalau nak guna blackkaren ka..oren ka..ikut suka la..

4.nak lagi senang beli ja jely yang dah siap dekat tesco tu kalau malas sangat kan..
tapi kesimpulanna kalau nak mental value lebey..masakla sendiri (^_^)

5.perhiasan tu kan ikutla kretiviti sendiri.boleh jugak masukkan buah-buah tu sekali terus dalam agar-agar before dia mengeras ..






Bahan-bahan B
Kuah castard



1.2 tin Susu cair..(wajibalghunnah)
1 tin susu pekat

2. Anchor cream (tak wajib pon letak..kalau tak ada its okay)
3. Vannila unya flavour(pon tak wajib)

4. Tepung kastad((wajibalghunnah ok..perhatian!!)


cara-caranya



1.Panaskan periuk..masukkan susu cair dan susu pekat ,panaskan sehingga mendidih


2.Kemudian bancuh tepung kastard menggunakan air masak .kepekatan bergantung kepada anda sendiri..


3. kemudian masukkan tepung kastard tu dalam susu cair yang sedang mendidih itu..skemanya..sedikit demi sedikit.
Jangan berhenti kacau takot keras and pekat sangat.

4.kalau nak lagi pekat masukkan kastard lebey..masukkan siket-siket ok..takot nanti terlebey pekat..sentiasa kacau..

5.Masukkan sedikt gula(xpayah dh sebab dah letak susu pekat) dan garam..actually kalau agar-agar kita dah manis so kuah kastard tak yah la manis sangat...bagi biasa-biasa ja..



dah masak hidangkan bersama agar-agar and boleh makan agar-agar sejuk+ kuah kastard yang panas-panas..manis campur masin-masin siket...perghhh!!sedap wookkk..



(^_*) muka kerek a.k.a belagak sebab orang puji sedap..siap nak tukar-tukar resipi lagi..wakakaka...

my dessert terhidang disitu...



SELAMAT MENCUBA UNTUK HIDANGAN ORANG TERSAYANG.



Sedikit nasihat dari Madam Fauziah untuk remaja @ student diluar sana

Assalamualaikum

ENtry ni aku baca dekat blog FATIN LIYANA YANG FEMES TU..ala blogger no 1 malaysia tu..dia copy dari Madam fauziah..and aku copy dari dia..sebab aku nak kongsi dengan kekawan aku pasal entry ni..memang sangat mendalam sehingga menusuk ke jantung,peparu,limpa...hope sama-samala kita sharing is caring...

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam

Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2...

-TAMAT-

Masa aku mula-mula baca aku pon sentap jugak...aku tak cakapla yang aku ni baik..tak pernah lansung update status bout my bopren.,letak gambar kat FB dengan bopren aku...yes i admit...tapi bila baca aku rasa..Ya saya akan cuba mengurangkan kontreversi saya dengan bopren saya dalam facebook..ngeh100xx...insyaallah...tapi kekadang tu leh la kan..hahahh..terima kasih Madam kerana membuat entry nasihat sebegini rupa...sedikit tapi lebih banyak menyedarkan saya...

Resipi : Nasik tomato dan Ayam masak merah

Assalamulaikum..
Selamat berbuka!!!

Actually..aku memang rindu gila nak masak..dan buat pengetahuan semua aku sangat suka memasak..tapi kadang-kadang waktu dan bujet tak mengizinkan aku nak masak selalu..and skang aku baru sedar yang aku dah lama tak masak...memang gempak kan..muka ayu perangai ganas tapi suka masak..cute kan..hahhah..jadi aku pon search la tenet..nak tengok masakan apa yang best..tetiba rasa nak wat nasik tomato..skang ni senang ja..dunia dihujung jari..apa saja kita nak masak search ja kat cik google..easy..setiap sabtu family aku akan berbuka satu family..jadi hidangan yang aku buat harini dalam 10 orang makan..aku masak pon hanya dalam 2 jam saja..tu pon melenggang lagi sambil search tenet..

kakak : sedapla k.ngah..

kak wa n kakak: boleh kawen dah ni

hahhh ayat part last tu paling best wokk..hahaha..asal boleh masak ja boleh kawen..ahh pasni kena masak selalu ni...ok ini resipi skema yang aku amek kat tenet..tapi kalau versi sendiri hentam sajala labu..tapi yang belum pernah cuba ikut ja step ni insyallah jadik..tapi tips paling berkesan jangan SKEMA sangat la kan..kita bila masak ni pandai-pandaila tambah mana tak cukup..kurang yang mana lebih..oter-oter sket ikut lidah memasing..jadila..

Nasi Tomato 

rendam beras selama 10-15minit
aku guna beras biasa ja..tapi kalau nak elok guna beras BASMATI
ni hidangan untuk 3 pot beras

bahan A
2 sudu besar minyak sapi @ mentega
(aku guna mentega sebab sep bujet haha)


2 ulas bawang putih - cincang3 ulas bawang merah - hiris halus1 inci halia - hiris halus

buah pelaga + bunga cengkih +  kulit kayu manis + bunga lawang



bahan B
1/4 cawan susu cair

3 biji tomato di potong dadu kecil hancur

1/4 cawan sos tomato@ 2 sudu tomato puree 
(warna nasik terpulang kalau nak warna terang letak lebih)garam + gula


cara - caranya...


1. tumis bahan A sampai naik bau, dan masukkan bahan B kecuali beras.. kacau sehingga sebati..

2. Masukkan beras yang telah direndam

3. kacau sekerap mungkin.. tapi jangan sampai hancur nasi.. sekadar membalikan supaya nasi masak rata..
 
3.Pastu masukkan air(sukatan air macam masak nasi biasa)..

Hiasan
boleh letak bawang goreng,kismis,kacang peace,,jagung..ikut suka



Ayam masak merah

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas(ayam brand)
garam
gula
suku cawan susu cair


Cara-caranya

1. Gaul ayam dengan kunyit , garam 
Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2.  Kisar bawang putih dan bawang besar,halia kalau tumbuk halus pun boleh, Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.(kalau nak bau wangi lagi boleh tambah serai)

5. lepas tu aku letak susu cair sket....tapi kalau nak kuah cair sket tambah air kosong sendiri..

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang goreng tadi., pastu letak garam dan gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar. penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. 



boleh dihidangkan dengan sayur campur dan daging masak hitam ka..


sedikit moment untuk dikongsi
MOMENT-MOMENT TERINDAH





budak tak posa tak leh makan