Adab Bercinta?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pernah tak sesekali terlintas dalam jenak fikiran kita, orang selesa ka tak keluar dengan kita bila sekali dengan pasangan kita?

"Memangla kan, sapa nak berani cakap tetiba "weh,aku tak suka la tengok, sumpah tak sweet". ada ka?.mau sentap mak jenon."

Dan ,jikalau ada yang menegur tentang tingkah laku kita yang tidak menyenangkan itu, mampukah kita terima dengan hati yang terbuka, dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi?

dan berapa lamakah kita mampu untu melihat ketidakselesaan yang berlaku dihadapan mata kita ini?

Bagamana pula kita ingin tahu, yang orang dah mula rasa tak selesa dengan adab kita bersama pasangan ketika bercinta ? 

Adakah Tunggu orang sembur berapi-rapi hingga menyakitkan hati sendiri baru kesedaran itu datang? 

Pernah tak sekali terfikir lagi, pernahkah kita dan pasangan buatkan orang sekeliling betul-betul tak selesa?

Adakah kita mungkin tak akan perasan, kerana kita sedang hangat bercinta, sehingga haba menutupi ruang udara mata dan telinga."?

Adakah Kadang-kadang orang mungkin tak sampai hati nak cakap, sebab takut perasaan sweet yang kita rasa tercalar.? Aku pun tak sampai nak calarkan hati orang yang tengah berbunga-bunga cinta layu di pusara neh.

Ya memang kita tak kacau orang, tapi yang lain ada mata untuk melihat dan ada hati untuk merasa. Jadi hati hati jangan sampai yang terasa.

Oh menn!!, susah jugak bercinta ni kan, of kos la. hang bercinta dibumi yang ramai penduduknya, kalau tak nak amek kisah, sila ke Planet Marikh. Jangan lupa bawak topi gas udara.

Kang tak pepasai tetiba mendoakan yang tak baik-baik teros. ' Mintak-mintak la mereka ni cepat-cepat putuskan percintaan meraka, kerana sesak dada ini melihat, haaa".. kan...tu kalau doa orang negatif

Meh nak ajor doa orang positif..

Ya Allah satukanlah pasangan yang terlampau sweet ni sebagai pasangan suami isteri yang sah,yang lagi barakah dan indah. Aminn

No comments: