Krabi Thailand Part 2


Hye!, bersambung lagi bicara kita melalui episod dua ini, harap anda kan terus membaca walaupun perasaan bosan sudah singgah kehati,hoyeaa!!. Setelah tidur dengan rakusnya pada malam pertama, pagi kedua aku bangun dengan semangatnya sekali disini. Tidak sabar rasanya ingin berenang-renang dan mengapung-apungkan diri di laut Krabi. Kemudian berlari-lari bagai filem kalhonapiarrehe..tett!!

 Aku terjumpak anak spiderman tadi

sementara menuggu sarapan pagi disediakan,pekara biasa!

Sebelum mulakan perjalanan mestilah sarapan dahulu dengan rakus jugak,ah! adik beradik kami memang semuanya rakus tambah-tambah bila bab-bab makan. Kemudian bertolak pada pukul 10 pagi kot,lupalah!, dengan menaiki aku tak tahu apa namanya,tapi "bapak tut-tut' la kot, sebab besar lagi dari 'tut-tut' ke Jeti Aonang.

 'Bapak tut-tut'

 Ke Jeti Aonang

 Jeti Aonang, Bot-bot yang akan membawa pelancong ke pulau-pulau sekitar Krabi Mengikut pakej anda

sebelum menaiki bot, 

Perjalanan dimulakan ke Pulau Jodoh. Mengikut kepercayaan mereka Di Pulau ni terdapat satu To'kong. Bak kata driver bot kalau yang perempuan-perempuan kalau nak cari jodoh boleh la datang mintak doa dan semayang kat sini.

Yaa!! dekat sini. Sudah faham kan kenapa dinamakan Pulau Jodoh. Banyak sungguh 'Jodoh' dibelakangku ini. hik.hik

Laut di Pulau ini juga sangat sesuai u oll untuk berenang-renang di muara kerana airnya sangat tenang, bebas ombak dan batu karang. Sesuai jugak untuk 'mencuci mata', tett!!


 Aku malas nak 'mencuci mata', sebab tu aku pandang depan ja,namun anda dilarang pandang ke depan,sila scroll laju-laju.



Jangan takut anda mati kelaparan kerana terdapat banyak bot yang menjual makanan ditepi-tepi laut Pulau Jodoh ni,cuma perlu bawak beribu-ribu bath sahaja Jagung harga RM5 hinggit ya!,sila peka!

Selepas selesai berjodoh-jodoh dan berenang disini, perjalanan diteruskan ke Pulau Ayam dan Pulau Penyu, Kat sini pelancong dibawa untuk aktiviti snorkeling dan bagi ikan makan, Kawasan persisiran pantai dekat pulau ni banyak dengan batu karang. Sebab tu sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti snorkeling

 Pulau Penyu and Pulau Ayam

 Bagi ikan makan roti,comel betol,siap gigit-gigit tangan itew lagik



Seronok tau!,sampai tak mau naek bot, macam nak cakap ja,' abang balik dulu la nanti kami kol abang datang balik'. Selesai bersnorkeling dengan gigihnya kami dibawa ke Pulau Yang  ke -3 yang aku tak tahu namanya, Pulau ni bagai RnR sebab ramai berhenti makan kat sini,bawak sendiri ya makan,jangan ingat ada orang jual-jual pulak,nanti cakap aku menyebarkan maklumat pelesu. Disini kami disediakan makan tengahari (sekali dalam pakej) yang dimasak and dibawak sesiap. Dekat Pulau ni orang suka menggagahkan diri memanjat tembok-tembok batu di sekitar pulau dengan hanya menggunakan tangan,wahh!!, memang hebat, mat-mat saleh suka la.


Main tipu,hahah!,mana boleh tolok punggung .Orang Malaysia panjatkan.

Sia-sia saja usaha aku merealisasikan impian ejon,last-last tak dapat naek jugak. 

 Tanam ejon disebabkan kekalahanya tak dapat panjat tembok batu



Lastly kami dibawa ke pulau yang dinanti-nantikan. Pulau Tup. Nak cakap satu ja, Subahanallah! sangat indah,sangat cantik,sangat memukau,eh! dah lebihla. Bab kata pemandu pelancong ni pulau kalhonapiarrehe(lelah aku nak menaip tajuknya) berlakon tu, aku pon mestilah kena pecaya,kan. Sebab masa sampai kat pulau ni feling-feling ala-ala heroin bolywood dah menusuk kedalam diri. Bagi pengetahuan semua kami diberi masa dalam 50minit ke sejam bagi setiap pulau yang dilawati. 


 Kenapa bukan gambar aku,sebab aku malaih nak jalan sampai kesini


 adik in de house

 Awesom,kan!!










Dekat sini terdapat dua pulau yang bersambung,bila air surut anda boleh berjalan membelah lautan ke pulau sebelah.Tu nampak laluannya.MasAlah suami isteri ,tak masuk campur,A.ngah and kak eja.


Finally, Selamat menonton,jumpa lagi bahagian terakhir part 3 nanti ye..:)


Terima Kasih  daun keladi, ada masa bacalah lagi 



No comments: