Assalamualaikum
sahabatku sekalian alam,bumi laut,planet marikh,pluto,donald duck..
sihatkah anda,anda,anda sekalian!!!minggu ni gua dah start kelas..dah nampaknya gua akan semakin rajin mengupdate entry-entry baru...harini gua nak share siket ilmu pengetahuan yang tadi secara tak disengajakan gua jumpa dalam tenet..walaupun harini ala-ala tazkirah tapi gua tetap nampak rock..baru ustazah rock..yeyeaahhh!!
Kalau aku sebelum tidor amalan aku memang bujet-bujet yang aku neh hot..ala-ala artis.. gosok gigi,cuci muka,pakai serum,pastu pakai lagi krim malam..sapu losyen(kalau rajin)..perghh!!berlagak gila akuh...memang bujet habis..tapi tak cerah-cerah pon..huhh...
Tapi kalau ikut amalan baginda Rasulullah sebelum tidur 3 ja amalan...tengok bertapa jahilnya manusia(ditujukan khas untuk diri sendiri..ngeh2x,..yang lain-lain nak terasa amek kau!!)).. dah dimudahkan cara hidup..tapi nak lagi susahkan diri sendiri dengan benda remeh..dah elok nak lagi elok..manusia-manusia(perli diri sendiri jugak)
3 Amalan
Rasulullah Sebelum baginda tidur,
1. Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan
tempat tidur kita.
Ini
berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika
seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau
membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak
mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan
nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit
kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan
lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hamba-Mu yang
soleh.” – Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320,
2.meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan
Ketika Tidur.
Imam
an-Nasai’e dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam
Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul
Bari meriwayatkan dari al-Barra’ :
“Apabila
Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah
pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada
hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.
3. Menutup bekas air yang terbuka
Kita
disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini
dijelaskan oleh Imam Muslim
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan
air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu)
diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana
yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan
wabak penyakit masuk kedalamnya”
Dalam satu riwayat lagi menerangkan:
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad
“Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian,
melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmillah, maka lakukanlah.”
maksudnya kat sini sekurang-kurangnya kalau ada kemungkinan apa-apa binatang jatuh boleh terhalang dengan kayu yang diletakkan tu..pastu kayu tu jugak serangga boleh berjalan kat atas kayu tu..
ok selamat beramal ya kawan-kawan..rasa baik sangat ala-ala muslimah plak harini buat entry gini..ngeh3x
Sumber telah dicetak rompak sedikit dari link dibawah:kemusykilan boleh saja copy or klik or watever link dibawah k...
Terima kasih abang Muaz bagi pahala free dekat kite..kite semua.. (^_^)nak adik shu sedekah siket senyuman..sory ada edit-edit siket
http://muazfaris.com/amalan-rasulullah-sebelum-tidur/
No comments:
Post a Comment