Kata Dulang Paku serpih..

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sambungan tajuk > Kata orang satgi kita kena terbih(lastik)


Sebelum ni saya ada terfikir didalam hati (termengata lebih sesuai) "macam mana dia nak jaga anak dara orang sedangkan diri pon tak betul lagi, pergi disko, minum arak bla! bla! bla!.

dan saya terfikir lagi.. macam manala dia nak jaga laki dia nanti bila kawen, basuh pinggan, masak pon x reti lagi, asyik dok mengulaq ja macam badak berendam berendoi!!

" Ya dia mungkin nampak tak betul dari sisi lain, tapi mungkin dia seorang yang pandai mengambil hati orang, lalu dia disayangi ramai orang, dia disenangi sebahagian orang yang kita tak kenali, dan dia mendapat restu dari orang yang menyayanginya pada satu bahagian lain, lalu ramai mendoakan kebaikan untuk dirinya, lalu dia menjadi seorang yang lebih baik dari diri kita dimasa hadapan..." berbanding kita. kan.. (huh, umpama membaca dengan satu napas)

Kesimpulannya jangan mengata orang, jangan pandai-pandai tak suka orang tanpa mengenal mereka terlebih dahulu. ok bye!

* Kita sayang semua orang :)..Insyaallah semua orang sayang kita.
* skang walau perangai tak cantik sangat, tapi hati cantik jugak
* Jadi tengoklah bermula dari hati dulu, hati baik insyaallah yang lain boleh oter