Adab Bercinta?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pernah tak sesekali terlintas dalam jenak fikiran kita, orang selesa ka tak keluar dengan kita bila sekali dengan pasangan kita?

"Memangla kan, sapa nak berani cakap tetiba "weh,aku tak suka la tengok, sumpah tak sweet". ada ka?.mau sentap mak jenon."

Dan ,jikalau ada yang menegur tentang tingkah laku kita yang tidak menyenangkan itu, mampukah kita terima dengan hati yang terbuka, dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi?

dan berapa lamakah kita mampu untu melihat ketidakselesaan yang berlaku dihadapan mata kita ini?

Bagamana pula kita ingin tahu, yang orang dah mula rasa tak selesa dengan adab kita bersama pasangan ketika bercinta ? 

Adakah Tunggu orang sembur berapi-rapi hingga menyakitkan hati sendiri baru kesedaran itu datang? 

Pernah tak sekali terfikir lagi, pernahkah kita dan pasangan buatkan orang sekeliling betul-betul tak selesa?

Adakah kita mungkin tak akan perasan, kerana kita sedang hangat bercinta, sehingga haba menutupi ruang udara mata dan telinga."?

Adakah Kadang-kadang orang mungkin tak sampai hati nak cakap, sebab takut perasaan sweet yang kita rasa tercalar.? Aku pun tak sampai nak calarkan hati orang yang tengah berbunga-bunga cinta layu di pusara neh.

Ya memang kita tak kacau orang, tapi yang lain ada mata untuk melihat dan ada hati untuk merasa. Jadi hati hati jangan sampai yang terasa.

Oh menn!!, susah jugak bercinta ni kan, of kos la. hang bercinta dibumi yang ramai penduduknya, kalau tak nak amek kisah, sila ke Planet Marikh. Jangan lupa bawak topi gas udara.

Kang tak pepasai tetiba mendoakan yang tak baik-baik teros. ' Mintak-mintak la mereka ni cepat-cepat putuskan percintaan meraka, kerana sesak dada ini melihat, haaa".. kan...tu kalau doa orang negatif

Meh nak ajor doa orang positif..

Ya Allah satukanlah pasangan yang terlampau sweet ni sebagai pasangan suami isteri yang sah,yang lagi barakah dan indah. Aminn

Selamat Pengantin Baru Kekawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saja nak terobek sakaligus semua perkahwinan sahabat baik yang aku attend sepanjang 2014, biar sampai menanah mata semua orang tengok. 

Geng Silat

Kawan-kawan baik yang first pecah tong mendirikan rumah tangga adalah kekawan dari geng Silat Abdul, Nana, Una. Masa kem Sukma dulu berhingus ja semua, skang semua pakat dah kawen. Alhamdulillah dah 7 tahun bersahabat. Ada yang bertemu jodoh dengan orang yang selama ini saling mencintai, ada yang bertemu jodoh dengan yang baru mencintai. Sesunngguhnya jodoh itu rahsia Allah.


Perkahwinan pertama yang aku eksited gila vavi adalah mereka, abdul & ika wedding(2013)..Alhamdulillah ika selamat melahirkan bayi lelaki bulan 12 tahun lepas. Amir Qawwim. Nanti panggil ibu Ira ok.Insyallah dah besar nanti ibu Ira yang gojes ni bagi coklat memanyak.Dulu main silat kelas D. Tapi aku rasa mungkin sekarang dah kelas G..


 Selang beberapa bulan selepas itu Una pon selamat menjadi bini orang jugak. 




 Seronok Memasing, yola, una pon dah kawen




Seterusnya selang beberapa bulan jugak nana pun selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangan tercinta. Alhamdulillah dan  Insyaallah mummy to be.. dah pesan siap aku kat anak dalam perot tu, keluar ja nanti panggil ibu Ira, baru sedap halwa telinga aku ni. kann
Ini Kezen gue, tahu lepas kezen sorang ja kawen


Geng Sekolah

Time hujung-hujung tahun pulak direct mak hang sebulan attend wedding member-member sekolah menengah, ulang -alik dari KL-Penang dah supa macam dari umah aku pegi sunway pyramid. Kecoh..Nasib aku suka gila makan nasik kenduri apatah lagi percuma boleh makan banyak-banyak.


 Yasmin Wedding


 Farhana Wedding



 Alyaa wedding, sahabat baik dunia akhirat ni..Skang bukan maen jauh laki dia bawak lari, sampai ke Kuantan noh.


 Penutup, engagement sapini ayam, hahaha..

Tu pon belum lagi tambah pasal hezra yang dah kawen dan ada anak dah,ika member poli yang dah bertunang pon, budak-budak kelas poli yang ramai muda dari aku yang dah pakat kawen lepas habis study. uishh, bukan maen ni, berlawan ni semua orang.

To kakak(member poli) : yang baru saja melangsungkan perkahwinan sabtu lepas di kampung halaman Langkawi Kedah, sorry tak dapat attend, Selamat Pengantin Baru kakak.


Seronok betol tengok orang kawen, tak sabaqnya cek, hahaha..gatai..
Semoga sahabat-sahabat saya bahagia hingga KeJannah, Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan yang Indah lagi Barakah. Aminn

Disebabkan bulan lepas setiap minggu aku balik, bulan ni semua asyik tanya lagi bila aku nak balik, rindu eaa!!.. hikhik! ;)