Selamat Hari Lahir Along

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

2 last week aku balik penang, delivery biskut 24 kotak dan red velvet 15 box,sekaligus menyambut kelahiran Along yang ke-23, alaa kezen kita. Jadi buat tahun pertama ni jadi Ms Bakery ni aku tekad la yang taun ni kalau boley semua bezday yang tersayang aku nak buat kek sendiri,konoinnya la kan,hik hik, dan permulaan tahun 2014 ni Along telah pecah tong, ting-tong,haha sebab kek dia kek campak-campak ja.Tapi walau pun campak-campak I ikhlas sangat tau buat. Mula-mula Tiramisu u oll,alih-alih kek bisu aku bagi.



Sila terpedaya dengan buah strawbery itu,

Majlis ni sekali dengan kenduri kesyukuran sempena Along nak operation minggu ni. Dan skang Along telah selamat menjalani pembedahan ketumbuhan mulutnya dan skang masih berada dihospital.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat Dari abah saya,Oh!! aku tak kan lupa saat-saat sayu dan pilu bila abah membaca doa dan ucapan doa khas buat Along.Menitis air mata ini,sekalikan dengan pakej air hingus, Ya sesungguhnya kami sangat menyayangi Along dan semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada Along supaya kami dapat menyambut kelahirannya pada tahun-tahun akan datang.Semoga Along senantiasa kuat dan tabah menghadapi hari-hari akan datang.

Hanya Gambar-gambar ni sajala yang aku mampu tangkap, sory sangat sebab aku sibok ulang makan 4-5 kali.Eh!! 6-7 kali kot.mee kuah 2 kali,roti jala 3 kali .mmmm, mmm


 Kenapa tak potong kek saya??kerana kek I special edition.hik hik

 Along dan keluarga

Ejon si kezen yang gemok

 Kakak dan anaknya


kak wa, abg su dan kakak

 Si Comel bersama biskut lidah kucingnya





 Abah bagi hadiah


Menu adalah dari Chef Shuhaili Chin,kakak kami,Mee Kuah ada,roti Jala ada, Bihun Goreng ada sera kuih dan muih





sakit pulak hati kite neh tengok teddy bear pink kaler ni,macam nak amek senyap-senyap berambus bawak balik kelana jaya.