SAHABAT SAYA KAWEN : ABDUL & EKA WEDDING

Assalamualaikum...

Dah lama tak update,rasanya hampir 2 bulan lebih ya kekawan..selamat aku tak berjanji nak update blog setiap bulan,kalau dak konpom-konpom aku telah menabur janji yang palsu..sebenarnya mereka ni telah pun berkahwin 3 minggu yang lalu,dah pegi bulan madu dan racun dah kat pulau langkawi,biasalah remaja berwawasan,agak sibuk siket sana-sini,bayangkan setiap minggu dari lepas minggu raya aku balik,kopak duet belanja bulanan aku bolan ni, dan minggu ni merupakan minggu terakhir aku balik penang,tak mau balik dah pasni sebab duet dah abeh.

Usia perhubungan mereka ni hampir 6 tahun,samalah usia perhubungan pershabatan aku dengan mereka,lalu itu yang membuatkan aku juga begitu teruja untuk melayari bahtera rumahtangga mereka,.penyibok rumahtangga orang nampaknya aku disini dan aku jugak berasa ke excitedkannya bila mereka akan diijabkabulkan nanti,ditambah pula aku dilantik menjadi penyepit kepada pengantin lagi bertambah terujalah jiwa ku ini.

Sepanjang 6 tahun usia percintaan mereka pelbagai dugaan,cabaran pahit manis,masam,masin ditempuh bersama oleh mereka,dan aku juga merupakan sebahagian dari watak dalam cerita cinta telenovela mereka ini,jadi sedikit sebanyak aku juga merasakan seperti rasa-rasa diatas yang aku sebut tadi,dan buat pengetahuan semua mereka berdua merupakan satu-satunya kawan baik aku yang dua-duanya kawan baik aku ya yang sampai jodoh dan akhirnya berkahwin,jadi aku pon rasa seronok sangat,sebab aku ada masa tengok mereka susah,bahagia,senang.Jadi apabila akhirnya diberi rezeki yang baik,berkahwin,aku pon rasa seronok jugaklah..kawan-kawan lain pon seronok,selalu bila hang out sesama status bopren girlpren,pasni bila hang out dah jadik laki bini dah depa dua ni,sumpah i jeles

Semoga berbahagia dan dipanjangkan jodoh sahabat sehingga ke jannah,dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah,bahagia selalu,dimurahkan rezeki rumah tangga..amin..:)


PREVIEW..GAMBAR MASA TUNANG







Gambar masa akad nikah (16 september 2013)
Masa ni saya x ada sebab xbalik lagi..jeles taw!!
Mereka-mereka yang dibawah ni semuanya geng bebudak silat..
Masa team sukma dolu-dolu yang masih kawan sampai sekarang and bebila..
sebab tu la jeles gila bila aku tak dak dalam gambar neh..










Masa kenduri..(17 september 2013)
Yang ni aku ada..so sila jeles bagi yang tiada..



ketamakan melanda..













Ish gatal pulok die nak duduk sebelah kite neh..